Wednesday, 11 November 2015

Tetiba...

Assalamualaikum w.b.t.,

Tetiba...tetiba rasa nak menaip. Entah kenapa, sejak akhir- akhir ni rasa asyik nak menaip, cuma tak ada masa & tak ada idea. Sigh~~~

Rasa macam nak meluah apa yang ada di fikiran masa ni, tapi..hurm.. -_-

Emosi..unstable. Susah bila jadi seorang yang beremosi. Benda kecik pun sensitif. Rasa macam ada je yang tak kena.

Life must go on. But still, I'm stuck in the middle of dreams, and reality. Can I just stay in dreams? No. If I do, I won't be able to survive in this cruel reality. Need to wake up. Still, I can't.

Hidup ibarat roda. Kadang di atas, kadang di bawah. Tapi Nur??? Di mana?? Atas? More like di bawah. And thus, I seem to be stuck here. Maybe for a really long time.

Tuesday, 13 October 2015

A Year

Hari ni baru buka blog. My God, baru perasan, last buka blog is on October 2014. A year guys, a year. Baru buka balik. Sigh.

Baru terfikir, kenapa Nur lama dah tak update blog. Why? Busy kerja? Dah tak ada idea? Malas nak menulis? Hurm..Entahlah..

Anyways, a lot of things happen to me in a year. I'm graduated, last May. Found a job, as admin / account assistant, a job that I never thought of working. Sedar tak sedar, next month setahun dah Nur kerja. Alhamdulillah.

Love? Nahhh..still single. Dah 24 tahun, soalan yang paling kerap orang dok tanya - Nur bila kahwin?  For me, umur 24 ke, 34 ke, kalau jodoh tak sampai lagi, memang lah belum kahwin. Besides, buat masa ni Nur ketepikan dulu soal cinta, kahwin. Too much commitment in that things. I'm totally not ready yet.

Buat kawan-kawan yang dah kahwin, tahniah guys. Selamat menempuh alam perkahwinan. Mudahan korang bahagia hingga Jannah. Yang nak kahwin, tahniah in advance ye. Make sure u guys dah betul2 ready nak menempuh alam baru.

Ok lah. That's all for today. Hope lepas ni dapat tulis lagi - more often. Till we meet again. And oh, here are some of the pictures during my graduation day. Seriously, terasa nak lagi. In sha Allah, ada rezeki, sambung study lagi. Teringin lagi nak pakai topi segi empat tu lagi. Amin. I couldn't thanks my parents enough. They've done so much for me until i graduate. Thank you so much Ma, Ayah. Also, thanks to aunty and her family. thank you for everything aunty. Love all of you. 
















 

Wednesday, 10 September 2014

Wordless Wednesday #1

Assalamualaikum w.b.t.,

Just wanna say , BE HAPPY  :)






Tuesday, 9 September 2014

Hati ini R.I.N.D.U....

Assalamualaikum w.b.t.,

Apa khabar readers? Minta maaf lama dah tak menulis.. Nak kata sibuk, tak juga.. Cuma ketandusan idea.. -_-

Malam ni, hati terasa rindu.. Pada si dia yang jauh di sana.. Sentiasa teringat.. Walaupun si dia tidak pernah mengetahui isi hati ini.. Sakit menanggung rindu.. Hurmm..

Yang pasti, apabila si dia di depan mata, susah nak bertentang mata dengannya.. Tapi, dalam hati, hanya Allah yang tahu betapa rindunya diri ini melihat dirinya, mendengar suaranya, melihat senyumannya.. :(

Untuk si dia, diri ini berharap bahawa agar awak sentiasa selamat, sentiasa sihat.. Saya di sini akan sentiasa merindui awak, berharap agar awak kembali ke sisi saya.. Doa saya sentiasa bersama dengan awak.. 




Sunday, 29 June 2014

Ramadhan kembali lagi

Assalamualaikum w.b.t.,


Alhamdulillah... Kita bertemu lagi dengan bulan penuh keberkatan, Ramadhan...Puasa tak hari ni?? Hehe.. Harap readers semuanya berpuasa..  :)




Bila masuk bulan puasa ni, Nur teringat dengan keluarga, kawan, adik2 angkat yang telah pergi bertemu Illahi... Sayu saja hati ini bila teringat kembali kenangan-kenangan lalu bersama mereka... Mudahan Allah amuni dosa mereka dan tempatkan mereka bersama-sama orang yang beriman... Al-Fatihah...





Sunday, 15 June 2014

Lost in Love..

Assalamualaikum w.b.t.,


Cinta...Boleh menjadi sesuatu yang manis dan berharga, boleh juga menjadi sesuatu yang pahit dan menyakitkan, malah boleh menjadi sesuatu yang misteri dan sukar diungkapkan dengan kata-kata... Manisnya cinta bila saling menyayangi, saling mencintai dan saling merindui...Sakitnya cinta bila diragui, ditinggalkan dan disakiti...Misterinya cinta bila datang tanpa disedari, tanpa di mengerti... 

Cinta bagiku...Adalah sesuatu yang manis, pahit dan misteri... Manis apabila mencintai seseorang, pahit apabila si dia milik yang lain, misterinya apabila cinta itu tidak dapat di buang, tidak dapat di lupa.. Semakin kuat ingin di buang, semakin kuat rasa cinta itu mencengkam...Sakitnya, hanya diri ini yang tahu...

Hurm...susahkan? Tapi, begitulah manusia... Kita tidak lari dari rasa cinta...Cuma, terpulang pada kita sama ada hendak jd hamba cinta atau merasa kemanisan bercinta...Namun, kes aku?? Bagaimana?? Adakah aku kini hamba cinta?? Adakah aku merasa kemanisan cinta itu?? Mengapa aku sendiri tidak mengerti?? 

Ya...Aku lost...Lost in Love...









Saturday, 14 June 2014

Keliru...Buntu...

Assalamualaikum w.b.t.,


Sesungguhnya, hati dan perasaan manusia sukar di tafsirkan...Terutamanya soal cinta, sayang, menjadikan hati dan perasaan itu terlalu rumit untuk di fahami... Just like my situation right now..I am so confused... What should I do? Why this happen? WHY??? *sniff* *sniff*

Perasaan suka dan sayang itu hadir tanpa di sedari, tanpa di pinta dan tanpa meminta... Di saat perasaan itu datang, terasa berada di alam yang indah...Segala nya indah, terasa segalanya lengkap..Terasa seperti di awang-awangan..

Tanpa di sedari, realiti sungguh menyakitkan..Saat mengetahui kebenaran, nafas sesak mencengkam jiwa, dunia seakan kelam, terasa sakit seolah di kelar dengan pisau yang tajam...Air mata mengalir seakan tidak mahu berhenti.. Adakah ini cuma satu sandiwara? Adakah semua ini hanya lakonan semata? Semakin dalam kebenaran terbongkar, semakin pedih rasanya.. Namun, semua sakit ini di pendam di dalam diri sendiri, tanpa ada yang mengerti, tanpa ada sesiapa di sisi..

Untuk seseorang di luar sana;

Bila mana aku mendengar dirinya berbicara,
aku mulai tertarik akan intonasinya,
tutur kata yang lembut dan mendayu,
membuat semua yang mendengarnya tergoda,

Persepsi terhadap seseorang boleh berubah,
Disaat kita lebih mengenali dirinya, 
Daripada stranger menjadi kawan,
Dan daripada kawan menjadi "kawan",
Lumrah dalam kehidupan  tentang hubungan seseorang.

Sometimes there will be an awkward moments,
Bila kita langsung tak mengenali dia,
And selalu sangat bergaduh bilamana bersua dan berbicara,
Tiba masanya semua itu berubah,
Jadi someone yang always there for each other,
Terasa macam mustahil pula berlaku sedemikian rupa.

What should we do?
Why does this happened?
Tanyalah diri sendiri untuk jawapan pasti,
Adakah patut kita berdiam diri saja,
Atau  tampil kehadapan menyatakan perasaan,

Berhati-hati dalam setiap langkah,
Dont hurt anyone that are close to you,
This is not a game to play,
Masing-masing punyai masa lampau,
Bezanya antara manis dan pahit.

I hope there will be a chance for me,
to meet you and tell you,
"do you know that i miss you since the first time we met?",
dan aku kan pergi  sambil menoleh dan menjerit kepada kau,
"aku sayang kamu!"

Namun tersedar aku semuanya hanyalah angan-angan,
hanya melayan imaginasi yang tak mungkin berlaku,
tapi tetap aku menanam sebenih harapan,
Bahawa masa itu tetap akan tiba.





Gettin older aite? :)

Daisypath Happy Birthday tickers